DASAR BARU KAWAL KEBANJIRAN PEKERJA ASING DAN PERTUMBUHAN BISNES 'ALI BABA'
BANDAR SERI BEGAWAN AHAD 25 MEI 2014 : MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI hari ini mengumumkan perlaksanaan dasar baru pengambilan pekerja asing yang diharap akan dapat menyelamatkan negara dari masalah kebanjiran pekerja asing yang ketika ini berpotensi mencecah jumlah hampir 200,000 orang.
Juga diumukan ialah pengenalan dasar pengeluaran lesen rampaian baru yang disasarkan kearah mencantas pertumbuhan bagai cendawan bisnes, termasuklah runcit 'Ali Baba' dan 'Kasim Baba', terutama dikawasan mukim dan kampong di negara ini.
Pehin Udana Khatib Dato Ustaz Haji Awang Badaruddin membuat pengumuman 'mengejut' tersebut dimajlis makan malam khusus untuk menhargai peranan majikan-majikan dan pekerja-pekerja tempatan di sektor swasta dalam pembangunan negara. Ia julung-julung kalinya diadakan untuk perusahaan-perusahaan yang dibawah kalawan agensi-agensi berkaitan dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Majlis makan malam berlangsung di Dewan Chancellor UBD. Ia dianjurkan oleh Jabatan Buruh.
Kita perlu melaksanakan dasar ini untuk mengawal kemasukkan pekerja-pekerja asing yang tidak diperlukan. Tidak dinafikan kita sangat memerlukan tenaga pekerja-pekerja asing dalam pembangunan negara yang pesat ini. Tetapi sekarang kita hanya benarkan jumlah yang diperlukan sahaja sesuai dengan keperluan dan kepentingan pembangunan dan perkembangan ekonomi negara, bukan yang diperlukan oleh pemilik-pemilik lesen perniagaan atau majikan-majikan yang mempunyai agenda dan kepentingan tersendiri, jelas Pehin Badaruddin sambil menambah kita perlu 'the right number and the right size' jumlah pekerja asing di negara ini.
Pehin Badaruddin meyakinkan hadirin bahawa pihaknya akan melaksanakannya dengan penuh berhemah, bijaksana dan tidak ikut sentimen.
Yang pastinya, menurut Pehin Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, ianya akan dilaksanakan dengan hati-hati tanpa menjejaskan atau menyusahkan mana-mana pihak yang tulin dan serious dalam menjalankan perniagaan dan perusahaan mereka di negara ini. Pihak kementeran dan jabatan-jabataan berkenaan akan bersedia berunding dengan mana-mana pihak yang sangat-sangat memerlukan dan dalam situasi yang menyulitkan kerananya, jelas Pehin Menteri lagi.
Beliau berharap perlaksanaan dasar tersebut akan dapat membawa perubahan yang positif kepada suasana dan iklim alam pekerjaan di negara ini kepada yang lebih kondusif kepada anak-anak tempatan yang ingin merebut peluang pekrejaan di sektor swasta.
Kepada pencari-pencari kerja atau yang sudah mempunyai pekerjaan di sektor swasta, dasar ini diharap akan benar-benar dapat membukakan ruang dan peluang yang nyata, bukan umpama fantamorgana dan peluang yang sangat elusif untuk mereka terus bersandar harapan kepada pasaran pekerjaan sektor swasta di negara ini.
Kata Pehin Badaruddin, antara perkara penting yang perlu ditangani dengan lebih berkesan ialah isu pengganguran yang mana statistik terkini menunjukkan sejumlah lebih 10,000 ke 12,000 belum mempunyai sebarang pekerjaan. Satu jumlah yang agak besar bagi sebuah negara kecil, keluh Pehin Badaruddin.
Bayangkan, menurut kaji selidik 2013, jumlah pekerja asing yang berada di negara ini sudah melebehi 92,000. Jika dicampur dengan pekerja domestik yang berjumlah lebih 20,000 ketika ini, setentunya jumlah pekerja asing yang berada di negara ini sudah melebehi 112,000 orang atau kurang lebih 30 peratus dari jumlah kasar penduduk Negara Brunei.
Menurut rekod Jabatan Buruh sejumlah 71,200 lebih kouta pengambilan pekerja asing yang telah diluluskan tetapi tidak digunakan. Kalau digunakan bermakna jumlah pekerja asing akan mencecah lebih 200,000 orang.
Ini (kuota yang tidak dipakai) merupakan pintu dan ruang untuk pekerja asing yang tidak diperlukan masuk dan duduk di negara ini. Ini perlu dikawal dan dicantas. Untuk itu kata Pehin Badaruddin, mulai hari ini semua kuota yang telah diluluskan oleh Jabatan Buruh tetapi tidak digunakan akan ditarik balik.
Dasar tidak memberikan kuota bagi pengambilan pekerja-pekerja asing untuk jawatan-jawatan seperti kerani, pengawas, dan lain-lain yang boleh dijawat oleh anak-anak tempatan pula akan diteruskan dan diteliti dari semasa kesemasa, tegas Pehin Badaruddin lagi.
Menyentuh perlaksanaan dasar perlesenan perniagaan, Pehin Badarudding menjelaskan pihak perlesenana Lembaga Bandaran dan Jabatan Daerah akan tidak lagi mengeluarkan lesen-lesen rampaian baru bagi kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan mukim atau kampong kecuali kepada pemohon-pemohon tempatan yang akan menjalankan dan menguruskan bisnes mereka sendiri tanpa menyewakan lesen tersebut kepada orang asing, termasuk mereka yang mengunakan syarikat sendirian berhad. Dari sudut pandang Pehin Menteri ini lagi satu 'modus operandi' memasukkan pekerja asing ke negara ini dari pintu belakang.
Selain itu Pehin Badaruddin juga mengumukan bahawa mulai 30 Jun 2014 ini, pihak kementerian akan mula mengenakan cukai perniagaan kepada setiap pemegang-pemegang lesen rampaian.
Dianggarkan pihak Kementerian akan berhasil memungut sejumlah $7 juta setahun melakui perlaksanaan dasar ini.
Hasil pungutan cukai ini akan disalurkan semula kepada usaha untuk meningkatkan kemahiran dan keupayaan pekerja-pekerja tempatan di sektor swasta melalui program-program latihan, kata Pehin Badaruddin. (Malai Hassan Othman)
No comments:
Post a Comment