HOME

Saturday, December 7, 2019

Kementerian Pembangunan Prihati Masalah Pembayaran Tertunda

Respon Kementerian Pembangunan

Nyaman jua hati melihat Kementerian Pembangunan segera menjawab aduan awam tentang isu pembayaran tertunda oleh pihak berkuasa. 


Tindakan cepat itu menggambarkan sikap prihatin kementerian tentang kemaslahatan vendor dalam industri pembangunan terutama yang melibatkan pengusaha tempatan. 

Kitani berharap SAMS KIULAP yang membuat aduan tersebut melalui 'Opinion Page' Borneo Bulletin Rabu 4 Disember 2019 baru lalu akan akhirnya mendapat jalan penyelesaian berhubung masalah yang telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu. 

Dari pemerhatian saya dan melalui respon warganet isu pembayaran tertunda melibatkan institusi kerajaan ini masih lagi menjadi isu yang menyakitkan kepala dan hati pihak pengusaha bukan sahaja dalam industri pembangunan tetapi juga dikalangan vendor dalam industri-industri yang lain. 
Antara respon warganet yang
turut kecewa

Tidak disangkalkan pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan sejak 2002 telah mengambil langkah dalam memperbaikai sistem pembayaran kepada pembekal dan kontraktor yang berurusan dengan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan. Antaranya dengan memperkenalkan sistem TAFIS (Treasury Accounting and Financial Information System)


Sejak ianya diperkenalkan masalah pembayaran tertunda berkurangan dan sepatutnya tidak lagi menjadi isu setelah lebih 15 tahun ianya digunapakai. 

Persoalannya dimanakah salah silapnya sehingga masalah pembayaran bertunda masih lagi menjadi isu?