HOME

Saturday, June 14, 2014



Saudara Baru Perlukan Bimbingan

Sambil berzikir menghitung-hitung tasbih, si ayah mengusap-usap manja kepala anaknya yang sedang berbaring santai santai disisinya.

Dari jauh saya dapat melihat kegembiraan terpancar dari wajah si ayah yang duduk berzikir disatu sudut mesjid yang menjadi kegemarannya.

Lagi setengah jam masuk waktu Isya.

Saya bangun dari tempat duduk dan terus menuju ketempat mereka.

“Assalamualaikum, How are you brother?” tanya saya sambil mengambil tempat duduk bersama sahabat yang buat sekian lama kami tidak bersua muka.

“Waalaikumsalam, Alhamdullilah,”jawabnya mesra.

Si anak, yang tadinya berbaring, cepat cepat bangun dan bersalam dengan saya.

“He is my son. His name is Hakim. He has just converted to Islam”, ujar sahabat saya memperkenalkan anaknya dengan gembira.

“Mashaallah ! Alhamdullilah! Allahu Akbar! Bila ia masuk Islam?” tanya saya sambil memandang kearah si anak yang baru berusia 15 tahun itu. Saya lantas memegang erat tangan si anak dan mengucapkan tahniah kepadanya.

Dengan senyuman lebar kawan saya yang berketurunan India itu lantas menjawab,“Baru jua. That’s why I am so happy lah brother.”

Si ayah pun sebenarnya sudara baru dalam Islam. Dia memeluk ugama Islam kurang lebih 5 tahun yang lalu. Sebelum itu dia berugama Hindu. Anaknya si Hakim ikut ibunya menganut ugama Katholik.

Selama ini dia tidak pernah pun menceritakan hal ehwal pegangan kepercayaan keluarganya.

“I have been waiting for this moment for my son to willingly embrace Islam. Alhamdullilah, all my prayers answered,” kata kawan saya lagi sambil menambah,”his mother is okay with it. She said he is old enough to decide what is best for him, so it's up to him.”

Katanya lagi Hakim sedang menuntut disalah sebuah sekolah menegah di Miri dan sekarang dalam musim percutian sekolah.

“Iatah during school holidays ani I want him to learn the basic about sembahyang. If you know anyone who can give tuition on ugama for him, please let me know brother”, katanya lagi.

Saya lantas menjawab,“Eh I thought Pusat Dakwah has this 14-day course bimbingan for the saudara baru. Sudah you arrange kah?”

“Sudah arrange and I hope it will be soon, otherwise I have to find another way lah before he balik to Miri,”ujar kawan saya.

“Mudah-mudahan dipermudahkan,” jawab saya sambil fikiran melayang mengingat seorang kawan lagi, iaitu seorang pekerja Indonesia keturunan Cina dari Pontianak yang saya dimaklumkan telah memeluk ugama Islam pada tahun lepas.

Hampir satu tahun sudah berlalu tetapi hingga sekarang katanya belum lagi dipanggil untuk mengikuti kursus bimbingan saudara baru.

Mungkin kerana dia bukan rakyat Brunei dan mungkin peraturan kursus hanya memberikan keutamaan kepada saudara saudara baru yang terdiri dari rakyat dan penduduk tetap Brunei sahaja, fikir saya.


Walaubagaimanapun saya perhatikan kawan Indon, yang mengakui tertarik dengan Islam apabila sering melintas mesjid mesjid di Belait, tidak pernah patah hati untuk menghayati Islam. Dia sering hadir untuk sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak.

Dia juga suka bertanya tentang ugama dan cara cara sembahyang, ibadat puasa dan lain-lain. 

Memang dia perlukan bimbingan tetapi apakan daya, saya hanya dapat memberikan dia buku buku asas tentang ugama dan buku belajar sembahyang kerana menyedari undang-undang tidak membenarkan sesiapa yang tidak bertauliah untuk mengajar agama selain kepada keluarga sendiri.

Peraturan ini (termasuk denda yang boleh dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalah) dengan jelas ditampal dibeberapa tempat strategik diruang dalam masjid sebagai peringatan kepada jemaah jemaah.

Memang satu peraturan yang bagus dalam hal menjaga akidah umat Islam dari dipesongkan oleh orang orang yang coba membawa ajaran sesat dan bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akan tetapi dari satu sudut yang lain ianya juga semacam penghalang kepada jemaah jemaah untuk melaksanakan tuntutan ‘sampaikanlah walaupun sepotong ayat’.

Ada pun yang berilmu dan bertauliah, mereka pula semacam terlalu sibuk dengan komitmen lain hingga tidak dapat meluangkan banyak masa untuk mengendali kelas kelas bimbingan di mesjid mesjid dan surau surau.

Ada juga kedengaran alasan kekurangan tenaga pengajar, tetapi anehnya ramai juga lepasan Kolej Universiti Perguruan Ugama yang masih menganggur belum ada sebarang pekerjaan.

Entahlah, saya pun sebenarnya bingung jadinya apabila memikirkan keadaan ini.

Rasa sedih bila memikirkan keadaan saudara saudara baru yang sudah mendapat hidayah tetapi keperluan mereka untuk mendapat bimbingan tidak dapat dipenuhi dengan sebaiknya.

Kalau merujuk statistik, memang membanggakan. Dalam ucapan ucapan rasmi dan dalam akhbar akhbar selalu diberigakan tentang jumlah orang orang yang menukar ugama dan pegangan kepercayaan mereka kepada Islam yang semakin bertambah di Brunei. Fakta juga sering ditayangkan untuk menunjukkan bahawa beribu setiap tahun yang telah mengikuti kursus bimbingan selama 14 hari untuk saudara saudara baru.

Setentunya satu gambaran baik dalam perkembangan Islam di Brunei jika dilihat dari sudut angka dan statistik yang menunjukkan garisan graf yang sentiasa menaik. Maka dalam hubungan ini, kalau sekadar dua tiga orang yang tercicir berbanding beribu yang sudah di kursus mungkin saja perkara tersebut dikira kes terlepas pandang.

Walaubagaimanapun, saya berpendapat dalam keghairahan mencatat graf diharap jangan pula kita lupa bahawa saudara saudara baru bukannya semata-mata angka hanya untuk dibangga-banggakan dalam laporan KPI (Key Performance Index) jabatan.

Saya yakin di akhirat nanti Allah tidak akan tanya apa KPI kitani, berapa ramai sudah yang berjaya kita Islamkan, tetapi yang akan disoal nanti ialah apakah kita sudah sampaikan dengan secukupnya dan sebaiknya ilmu ugama kepada semua saudara saudara baru kita? Saya khuatir orang bertauliah mungkin yang dulu kena jawap. Wallahu wa’alam. 

Friday, June 13, 2014


(Nota: Khutbah Jumaat hari ini mengariskan isu tentang kebersihan. Sebelum berangkat ke mesjid saya sudah menyiapkan artikel berikut tetapi tidak sempat untuk dimuat naik. Saya tersenyum bila isu kebersihan dikhutbahkan. Kebetulan atau....)

TANDAS DAN IMAN

Kata orang tua-tua, kalau ingin tahu sama ada pemilik rumah pembersih atau pengotor, subuk tandasnya. 


Ada kawan tabiatnya suka memeriksa tandas dahulu sebelum makan dan minum di mana-mana restoran atau kedai makan. 


Kalau tandas kurang bersih ia akan membatalkan niatnya untuk menjamu selera di restoran berkenaan. Katanya tandas mengambarkan sikap pembersih dan pengotor pemilik dan pekerja restoran.  


Mungkin ada kebenarannya pandangan bahawa tandas itu mecerminkan sikap keprihatinan seseorang mengenai kebersihan manakala tandas awam pula melambangkan peribadi dan sikap masyarakat sesebuah negara.


Tapi bagaimana ceritanya jika bangunan-bangunan agensi kerajaan yang berkuasa untuk menutup restoran dan kedai-kedai makan atas alasan kebersihan dan kesihatan sendiri pula yang memiliki tandas awam yang rosak, kotor dan tidak terurus?


Apa pula ceritanya kalau tandas tandas yang kotor terdapat di mesjid mesjid yang sentiasa mengingatkan umat Islam bahawa kebersihan adalah sebahagian dari iman?


Persoalan ini mengusik jiwa dan fikian saya ketika mahu menggunakan tandas awam disalah sebuah bagunan kerajaan baru-baru ini. 


Keadaan tandas yang rosak dan agak kotor memaksa saya membatalkan saja niat untuk buang air kecil walaupun sudah ‘sangkak ari-ari’. 


Macam macam andaian bermain dalam kepala.


“Mungkin tidak ada bajet untuk membaiki dan mebersihkan tandas ini”, kata hati saya.


“Kalau di kedai makan atau restoran pasti diambil tindakan”, bisik hati saya lagi bila teringat tandas tersebut berada dalam bangunan agensi pemegang dasar dan penguatkuasa peraturan kebersihan tempat awam. 


Fikiran saya melayang ke Daerah Brunei Muara. Nun disana tandas-tandas awam di bangunan bangunan kementerian rata-rata bagus, bersih dan selesa. 


Kenapa? 


Dalam mencari jawapan keatas persoalan tersebut terlintas dalam fikiran tentang etika menggunakan tandas menurut ajaran Islam. 


Antaranya dianjurkan masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu, berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan juga ketika keluar dari tandas, beristinjak setelah selesai tunai hajat dengan sebersih-bersihnya, dan pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar. 


Pokoknya Islam itu adalah agama yang mementingkan kebersihan. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:“Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”


Jadinya tidak salah jika kita katakana tandas salah satu tempat yang boleh mengambarkan tahap keimanan seseorang itu. Kerana walaupun ia hanya sekadar tandas, ianya juga dapat mengambarkan adab dan sikap kita dalam menjaga hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah dan juga alam sekitar. Wallahu wa’alam.

Monday, June 9, 2014

HIDUP INI SATU PERJALANAN...



“Kau bila lagi?”

'Melabok' jantung apabila soalan itu ditujukan kepada ku.

Aku baru saja selesai membaca Surah Yasin disamping jenazah sepupu ku yang terkujur kaku diruang tamu rumahnya.

Mantan Penolong Pesuruhjaya Polis Pg Haji Salleh bin Pg Haji Mohd. Cucu baru meninggal dunia subuh tadi, 9 Jun 2014.

Berita pemergiannya mengejutkan ahli keluarga, kawan dan kenalan Allahyarham. Sebelum ini tidak kedengaran pun berita yang beliau sakit. Ya! dalam umur orang persaraan, dia seorang yang dikira masih muda dan sihat.

Sebaik selesai memberikan penghormatan terakhir, aku pun beredar dari ruang tamu yang diselubungi dengan kesedihan itu.

Sambil menuju ke kawasan kem, salah seorang anak buah ku yang sedang berdiri diluar terus menyapa dan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Entah kenapa soalan cepu emas itu terkeluar dari mulutnya? Mungkin satu guaraun atau mungkin ada perkara lain dimaksudkannya.

Apa pun aku tergamam. Entah apa hendak dijawap. Aku hanya mampu mengukir senyum dan terus beredar ke kem untuk berziarah dengan saudara mara dan kawan-kawan yang telah hadir sejak awal pagi lagi untuk menziarahi jenazah Allahyarham.

Dalam perjalanan pulang soalan cepu emas itu beriman-main dikepala ku. Apakah ini satu petanda?
    
“Subhanallah!, Astghafirullah! Ya Allah, rasanya aku belum bersedia!!! 

Ya Allah berikanlah aku kesempatan lagi...Aku banyak dosa...Ya Allah…..sepanjang jalan hati ku berdebar-debar, aku berdoa dan terus berdoa.

Wajah-wajah orang yang dikasihi bermain-main di kepala ku. Mereka masih memerlukan ku. Masih banyak perkara dan hutang yang belum selesai, kata hati kecil ku.

Soalan cepu emas itu benar-benar memberikan aku keinsafan betapa ajal itu hak Allah untuk menentukannya. 

Kita tidak tahu bila saatnya kita akan dimatikan. Bila waktunya sudah tiba, kita tidak ada kuasa untuk mengubahnya. Ia merupakan satu janji temu dengan Allah. Mungkin hari ini mungkin esok wallahu wa'alam. Semuanya dalam ketentuan Allah.

Yang pasti kita semua akan melaluinya. 

Dunia ini hanya sementara. Ia hanya merupakan tempat persinggahan sementara, tempat kita berkelana untuk kita mengutip bekalan secukupnya sebelum menuju ke destinasi terakhir dan kekal abadi iaitu akhirat.

Imam Al-Ghazali berpesan: “Ketahuilah bahawasanya dunia ini adalah tempat singgah untuk sementara waktu, bukan tempat tinggal yang sebenarnya, sedangkan manusia di dalamnya selaku musafir yang sedang berkelana. Awal pertama manusia singgah dalam perut ibunya, dan yang terakhir manusia singgah di liang kubur. Manusia masih dalam perjalanan, dan yang dituju adalah kampung halaman yang kekal, iaitu (kampung akhirat). 


Jadinya persoalan,"Kau bila lagi? Kamu bila lagi? Kita bila lagi?", hanya Allah yang mengetahui jawapannya. 

Soalan yang harus kita tanyakan pada diri kita ialah apakah kita sudah cukup bekalan untuk ke dunia akhirat?

Semoga roh Allahyarham Pengiran Haji Salleh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang saleh. Dan semoga keluarga Allahyarham diberikan kesabaran dan ketabahan dalam meghadapi segala ujian yang berat ini. Amiin. 

Untuk renungan izinkan saya mengongsikan artikel berikut yang saya petik dari blog seorang teman.....

Life is like a journey on a train…
with its stations…
with changes of routes…
and with accidents !


We board this train when we are born and our parents are the ones who get our ticket.
We believe they will always travel on this train with us.

However, at some station our parents will get off the train, leaving us alone on this journey. 

As time goes by, other passengers will board the train,  many of whom will be significant – our siblings, friends, children, and even the love of our life.

Many will get off during the journey and leave a permanent vacuum in our lives.

Many will go so unnoticed that we won’t even know when they vacated their seats and got off the train !

This train ride will be full of joy, sorrow, fantasy, expectations, hellos, good-byes, and farewells.

A good journey is helping, loving, having a good relationship with all co passengers…
and making sure that we give our best to make their journey comfortable. 


The mystery of this fabulous journey is ;
 

We do not know at which station we ourselves are going to get off.

So, we must live in the best way – adjust, forget, forgive, and offer the best of what we have to co passengers and society.

It is important to do this because when the time comes for us to leave our seat… we should leave behind beautiful memories for those who will continue to travel on the train of life.

Thank you for being one of the passengers on my train !
 
Have a very pleasant journey of life………!

Saturday, June 7, 2014

MENDAKWAHKAN KEINDAHAN HUKUM ALLAH



Khutbah Jumaat kemarin sekali lagi memperkatakan tentang perlaksanaan undang-undang syariah. Khutbah Jumaat lepas pun menyentuh perkara yang sama.

Dari sudut pandang dan dengar saya mesej yang coba disampaikan kali ini ialah tentang kelebihan dan keindahan hukum ciptaan Allah berbanding undang-undang ciptaan manausia.

Khutbah sebelumnya pula mengariskan tentang terdapatnya tahap-tahap penerimaan undang-undang syariah dari tiga golongan masyarakat iaitu golongan yang secara mutlak menerimanya, golongan yang 50/50 menerimanya dan kelompok masyarakat yang secara total menolaknya.

Golongan pertama ialah orang-orang Islam yang mempunyai keimanan dan kefahaman yang mantap tentang Islam dan ajaranya, kedua ialah umat Islam yang kurang kefahaman dan kelompok ketiga pula ialah golongan non-muslim yang tidak senang dengan Islam.

Dapat diperhatikan dari kedua-dua khutbah ini peningkatan yang agak baik dalam usaha memberigakan undang-undang syariah dan perlaksanaannya yang sebelumnya agak bercelaru.

Justeru wajar bagi kita merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Pemberigaan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah atas peningkatan tersebut. Walau bagaimanapun ini bukan bererti semuanya sudah bisai dan sempurna. Masih banyak ruang untuk pembaikkan.

Dalam hal ini saya teringat syarahan YDM Pehin Mufti Dato Dr Haji Abdul Aziz Juned di satu seminar baru-baru ini yang membincangkan tajuk “Dakwah Islamiah Dalam Pembangunan dan Kemajuan’.

Antara lain Pehin Mufti mengariskan peranan dakwah dalam membina keimanan, akidah yang betul, membentuk amalan dan tingkah laku yang baik dalam diri masyarakat itu sebagai satu keutamaan kearah mencapai pembangunan dan kemajuan yang diberkati Allah.

Apa yang menarik perhatian ialah penekanan Pehin Mufti tentang pentingnya para da’ie, bukan sahaja perlu memiliki ilmu yang tinggi dan kebolehan untuk berceramah, tetapi paling mustahak “they practice what they preach” selaras dengan tujuan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam diutus iaitu untuk menjadi contoh tauladan kepada umat manusia. Kata Pehin Mufti lagi perlu juga para da'ie zaman ICT ini mengunakan visual dalam kerja-kerja dakwaah mereka.

Seterusnya Pehin Mufti juga mengingatkan bahawa para da’ie sekarang sedang berhadapan dengan cabaran yang hebat dari generasi internet dan generasi google.

Kurang lebih pesan Pehin Mufti, kalau kurang-kurang dalam menyampaikan dakwah, kamu akan menjadi bahan ketawa generasi google.

Saya fikir pesanan ini sesuai juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memberigakan Hukuman Kanun Jenayah Syariah ini.


     Baru-baru ini saya berbincang dengan beberapa bekas rakan sejawat wartawan yang sudah bersara dan yang sudah pension dan penerima elaun tua. Macam si banar lah kami bertegang-tegang urat memberikan pandangan.


     Akhirnya kami mencapai persefahaman yang antaranya seperi berikut:

  • Jika belum ada diadakan dengan segera satu ‘Perancangan dan Strategi Komunikasi’ yang komprehensif dan mantap agar pemberigaan undang-undang Allah itu tidak mengelirukan orang awam, malahan akan nampak dengan jelas keindahanya mesej keadilan dan ehsan yang dibawanya.
  • Dalam ‘blueprint’ ini dikenalpasti sasaran-sasaran golongan masyarakat yang perlu diberikan kefahaman tentang undang-undang syariah, contohnya institusi keluarga, kelompok peniaga dan pelabur, belia remaja, murid-murid sekolah dan masyarakat non-muslim. 
  • Mengenal pasti mesej-mesej strategik dan non-strategik dalam pemberigaan undang-undang Islam kepada masyarakat umum dan antarabangsa. Contohnya; yang mana satu merupakan mesej yang lebih strategik antara bab hukuman potong tangan dan rejam dengan mesej yang mengarisbawahkan keindahan dan keadilan undang-undang Islam dalam melindungi kepentingan awam dan hak-hak kebebasan individu terutama dalam bab memelihara ugama, keselamatan akal, jiwa, harta dan keturunan?
  • Mempastikan nada pemberigaan lebih memberikan keyakinan dan ketenteraman kepada masyarakat umum dan tidak terlalu defensif. 
  • Bersangka baik dalam mengambil kira maklum balas umum, walaupun kurang baik, sebagai sumber maklumat yang berguna dalam usaha meningkatkan keberkesanan pemberigaan seterusnya.


Itu lah antara pemikiran kami yang cetek ilmu ugama ini tetapi ingin benar melihat undang-undang Islam tegak berdiri di bumi bertuah ini. Harapan raja kita ianya tidak dicacat celakan oleh kelemahan kita dalam melaksanakannya terutama melalui usaha mendakwahkan keindahan hukum Allah itu kepada umat manusia sejagat.  Wallahu wa’alam.  Wasallam.