(Nota: Khutbah Jumaat hari ini mengariskan isu tentang kebersihan. Sebelum berangkat ke mesjid saya sudah menyiapkan artikel berikut tetapi tidak sempat untuk dimuat naik. Saya tersenyum bila isu kebersihan dikhutbahkan. Kebetulan atau....)
TANDAS DAN IMAN
Kata orang tua-tua, kalau ingin tahu sama ada pemilik
rumah pembersih atau pengotor, subuk tandasnya.
Ada kawan tabiatnya suka memeriksa tandas dahulu
sebelum makan dan minum di mana-mana restoran atau kedai makan.
Kalau tandas kurang bersih ia akan membatalkan
niatnya untuk menjamu selera di restoran berkenaan. Katanya tandas mengambarkan
sikap pembersih dan pengotor pemilik dan pekerja restoran.
Mungkin ada kebenarannya pandangan bahawa tandas itu
mecerminkan sikap keprihatinan seseorang mengenai kebersihan manakala tandas
awam pula melambangkan peribadi dan sikap masyarakat sesebuah negara.
Tapi bagaimana ceritanya jika bangunan-bangunan
agensi kerajaan yang berkuasa untuk menutup restoran dan kedai-kedai makan atas
alasan kebersihan dan kesihatan sendiri pula yang memiliki tandas awam yang
rosak, kotor dan tidak terurus?
Apa pula ceritanya kalau tandas tandas yang kotor
terdapat di mesjid mesjid yang sentiasa mengingatkan umat Islam bahawa
kebersihan adalah sebahagian dari iman?
Persoalan ini mengusik jiwa dan fikian saya
ketika mahu menggunakan tandas awam disalah sebuah bagunan kerajaan baru-baru
ini.
Keadaan tandas yang rosak dan agak kotor memaksa saya
membatalkan saja niat untuk buang air kecil walaupun sudah ‘sangkak ari-ari’.
Macam macam andaian bermain dalam kepala.
“Mungkin tidak ada bajet untuk membaiki dan
mebersihkan tandas ini”, kata hati saya.
“Kalau di kedai makan atau restoran pasti diambil
tindakan”, bisik hati saya lagi bila teringat tandas tersebut berada dalam
bangunan agensi pemegang dasar dan penguatkuasa peraturan kebersihan tempat
awam.
Fikiran saya melayang ke Daerah Brunei Muara. Nun
disana tandas-tandas awam di bangunan bangunan kementerian rata-rata bagus,
bersih dan selesa.
Kenapa?
Dalam mencari jawapan keatas persoalan tersebut
terlintas dalam fikiran tentang etika menggunakan tandas menurut ajaran Islam.
Antaranya dianjurkan masuk tandas dengan kaki
kiri terlebih dahulu, berdoa ketika hendak masuk ke tandas dan juga ketika
keluar dari tandas, beristinjak setelah selesai tunai hajat dengan sebersih-bersihnya,
dan pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar.
Pokoknya Islam itu adalah agama yang mementingkan
kebersihan. Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:“Kebersihan
itu sebahagian daripada iman.”
Jadinya
tidak salah jika kita katakana tandas salah satu tempat yang boleh
mengambarkan tahap keimanan seseorang itu. Kerana walaupun ia hanya sekadar
tandas, ianya juga dapat mengambarkan adab dan sikap kita dalam menjaga
hubungan sesama manusia, hubungan dengan Allah dan juga alam sekitar. Wallahu
wa’alam.
No comments:
Post a Comment