HOME

Sunday, March 10, 2019

Kesejahteraan dijanjikan tinggal kenangan

Liang lahad semakin terasa dekat namun kesejahteraan hidup yang dijanjikan kepada keluarganya belum ditunaikan.
Awang Musarat 
megharapkan pembelaan
 Begitulah keadaan Awang Musarat bin Abdullah, 70 tahun, yang sehingga ke hari ini masih mendiami sebuah pondok buruk dengan keluarganya seramai sepuluh orang di Kampong Bukit Udal, Tutong..

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu beliau pernah dijanjikan untuk dibinakan sebuah rumah kecil yang lebih sempurna untuk mengantikan pondok buruk yang didiaminya sekarang.

Dayang Nur Salamah dan anak 
perempuan mengenangkan nasib malang

Sinar bahagia mula memancar kedalam ruang pondok kecilnya apabila kerja-kerja pembinaan bermula. 

Sedihnya sinar kebahagiaan yang mengunjungi keluarganya hanya sementara.

Kerja pembinaan terhenti begitu sahaja. Sehingga kini dawai besi peninggalan projek pembinaan rumah yang dijanjikan tinggal pacak-pacak semacam tugu peringatan janji kesejahteraan yang hanya tinggal janji.    
Merenung jauh depan
'tugu peringatan'
janji kesejahteraan  
“Kalau ku mati, buruk barangkali mayat ku balum jua jadi-jadinya rumah yang dorang janjikan ani”, keluh Awang Musarat sedih mengenangkan nasibnya dan keluarganya yang masih bergantung hidup kepadanya dan isteri.

“Aku sekarang sudah inda sihat lagi. Macam atu jua dengan bini ku. Kalau dulu kami berdua sihat dan masih boleh berkeraja’, ujar Awang Musarat yang lumpuh sebelah badan akibat stroke. Isteri beliau, Dayang Nor Salamah binte Abdullah Tajam juga sakit buah pinggang dan perlu ke rumah sakit tiga kali seminggu untuk menjalani rawatan mecuci buah pinggang. 
Awang Musarat Bersama anak dan cucu mengharapkan
belas kesihan depan 'tugu peringatan' Rumah Impian'
Mereka berdua dulunya pernah berkerja di Jerudong Park. Awang Musarat berkhidmat di Taman Permianan kelas dunia itu sebagai pemandu manakala Dayang Nur Salamah berkhidmat sebagai pembersih dan tukang kebun.

Kehidupan mereka ketika itu lumayan. Mereka tidak tergolong dalam asnaf fakir miskin. Malangnya mereka jatuh miskin apabila Jerudong Park dilanda masalah dan mereka diberhentikan kerja.  

Sekarang kehidupan mereka berdua hanya bergantung pada elaun orang tua.
Tugu Peringatan Rumah Impian berlantarbelakangkan pondok buruk Awan Musarat dan keluarga di Bukit Udal
“Adalah $500 sebulan dari elaun pencen tua kami berdua untuk keperluan hari-hari, tapi mana jua mencukupi untuk menanggung keluarga seramai 10 orang termasuk cucu cucu yang masih kecil yang masih bergantung hidup dengan kami”, keluhnya lagi.

Menurut beliau, dia pernah mendapat bantuan asnaf fakir miskin selama dua tahun tetapi sekarang tidak lagi menerima kerana masalah membaharui permohonan untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu Awang Tahir Radin, Naib Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah membuat kunjungan kepada keluarga Awang Musarat pada hari Ahad 10 Mac 2019.

Menurut beliau pihaknya akan coba membantu memanjangkan masalah yang dihadapi Awang Musarat kepada pihak-pihak yang berkenaan. Katanya pihak parti juga akan membuat penyelidikan untuk mengetahui lebih tepat lagi apa punca masalah sebenarnya yang menyebabkan kesejahteraan Awang Musarat dan keluarga seolah-olah diabaikan.