Saudara Baru Perlukan Bimbingan
Sambil berzikir menghitung-hitung
tasbih, si ayah mengusap-usap manja kepala anaknya yang sedang berbaring santai santai disisinya.
Dari jauh saya dapat melihat
kegembiraan terpancar dari wajah si ayah yang duduk berzikir disatu sudut mesjid
yang menjadi kegemarannya.
Lagi setengah jam masuk waktu Isya.
Saya bangun dari tempat duduk dan terus menuju ketempat mereka.
“Assalamualaikum, How are you
brother?” tanya saya sambil mengambil tempat duduk bersama sahabat yang buat sekian
lama kami tidak bersua muka.
“Waalaikumsalam, Alhamdullilah,”jawabnya
mesra.
Si anak, yang tadinya berbaring, cepat cepat bangun dan bersalam dengan saya.
“He is my son. His name is Hakim.
He has just converted to Islam”, ujar sahabat saya memperkenalkan anaknya dengan gembira.
“Mashaallah ! Alhamdullilah! Allahu
Akbar! Bila ia masuk Islam?” tanya saya sambil memandang kearah si anak yang
baru berusia 15 tahun itu. Saya lantas memegang erat tangan si anak dan
mengucapkan tahniah kepadanya.
Dengan senyuman lebar kawan saya yang berketurunan India itu lantas menjawab,“Baru jua. That’s why I am so happy lah brother.”
Si ayah pun sebenarnya sudara
baru dalam Islam. Dia memeluk ugama Islam kurang lebih 5 tahun yang lalu.
Sebelum itu dia berugama Hindu. Anaknya si Hakim ikut ibunya menganut ugama
Katholik.
Selama ini dia tidak pernah pun
menceritakan hal ehwal pegangan kepercayaan keluarganya.
“I have been waiting for this
moment for my son to willingly embrace Islam. Alhamdullilah, all my prayers answered,”
kata kawan saya lagi sambil menambah,”his mother is okay with it. She said he is old enough to decide what is best for him, so it's up to him.”
Katanya lagi Hakim sedang
menuntut disalah sebuah sekolah menegah di Miri dan sekarang dalam musim percutian
sekolah.
“Iatah during school holidays ani
I want him to learn the basic about sembahyang. If you know anyone who can give
tuition on ugama for him, please let me know brother”, katanya lagi.
Saya lantas menjawab,“Eh I
thought Pusat Dakwah has this 14-day course bimbingan for the saudara baru.
Sudah you arrange kah?”
“Sudah arrange and I hope it will
be soon, otherwise I have to find another way lah before he balik to Miri,”ujar
kawan saya.
“Mudah-mudahan dipermudahkan,”
jawab saya sambil fikiran melayang mengingat seorang kawan lagi, iaitu seorang
pekerja Indonesia keturunan Cina dari Pontianak yang saya dimaklumkan telah
memeluk ugama Islam pada tahun lepas.
Hampir satu tahun sudah berlalu
tetapi hingga sekarang katanya belum lagi dipanggil untuk mengikuti kursus bimbingan
saudara baru.
Mungkin kerana dia bukan rakyat
Brunei dan mungkin peraturan kursus hanya memberikan keutamaan kepada saudara saudara
baru yang terdiri dari rakyat dan penduduk tetap Brunei sahaja, fikir saya.
Walaubagaimanapun saya perhatikan
kawan Indon, yang mengakui tertarik dengan Islam apabila sering melintas mesjid mesjid
di Belait, tidak pernah patah hati untuk menghayati Islam. Dia sering hadir untuk
sembahyang berjemaah Maghrib dan Isyak.
Dia juga suka bertanya tentang
ugama dan cara cara sembahyang, ibadat puasa dan lain-lain.
Memang dia perlukan bimbingan tetapi apakan daya, saya hanya dapat memberikan dia buku buku asas tentang ugama dan buku belajar sembahyang kerana menyedari undang-undang tidak membenarkan sesiapa yang tidak bertauliah untuk mengajar agama selain kepada keluarga sendiri.
Peraturan ini (termasuk denda
yang boleh dikenakan kepada sesiapa yang didapati bersalah) dengan jelas
ditampal dibeberapa tempat strategik diruang dalam masjid sebagai peringatan
kepada jemaah jemaah.
Memang satu peraturan yang bagus dalam
hal menjaga akidah umat Islam dari dipesongkan oleh orang orang yang coba membawa
ajaran sesat dan bercanggah dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akan tetapi
dari satu sudut yang lain ianya juga semacam penghalang kepada jemaah jemaah
untuk melaksanakan tuntutan ‘sampaikanlah walaupun sepotong ayat’.
Ada pun yang berilmu dan bertauliah,
mereka pula semacam terlalu sibuk dengan komitmen lain hingga tidak dapat meluangkan
banyak masa untuk mengendali kelas kelas bimbingan di mesjid mesjid dan surau
surau.
Ada juga kedengaran alasan kekurangan tenaga pengajar, tetapi anehnya ramai juga lepasan Kolej Universiti Perguruan Ugama yang masih menganggur belum ada sebarang pekerjaan.
Entahlah, saya pun sebenarnya bingung jadinya apabila memikirkan keadaan ini.
Rasa sedih bila memikirkan keadaan
saudara saudara baru yang sudah mendapat hidayah tetapi keperluan mereka untuk
mendapat bimbingan tidak dapat dipenuhi dengan sebaiknya.
Kalau merujuk statistik, memang
membanggakan. Dalam ucapan ucapan rasmi dan dalam akhbar akhbar selalu diberigakan
tentang jumlah orang orang yang menukar ugama dan pegangan kepercayaan mereka
kepada Islam yang semakin bertambah di Brunei. Fakta juga sering ditayangkan
untuk menunjukkan bahawa beribu setiap tahun yang telah mengikuti kursus bimbingan
selama 14 hari untuk saudara saudara baru.
Setentunya satu gambaran baik dalam perkembangan Islam di Brunei jika dilihat dari sudut angka dan statistik yang menunjukkan garisan graf yang sentiasa menaik. Maka dalam hubungan ini, kalau sekadar dua tiga orang yang tercicir berbanding beribu yang sudah di kursus mungkin saja perkara tersebut dikira kes terlepas pandang.
Walaubagaimanapun, saya
berpendapat dalam keghairahan mencatat graf diharap jangan pula kita lupa
bahawa saudara saudara baru bukannya semata-mata angka hanya untuk dibangga-banggakan
dalam laporan KPI (Key Performance Index) jabatan.
Saya yakin di akhirat nanti Allah tidak akan
tanya apa KPI kitani, berapa ramai sudah yang berjaya kita Islamkan, tetapi
yang akan disoal nanti ialah apakah kita sudah sampaikan dengan secukupnya dan sebaiknya
ilmu ugama kepada semua saudara saudara baru kita? Saya khuatir orang
bertauliah mungkin yang dulu kena jawap. Wallahu wa’alam.
No comments:
Post a Comment