Blog Archive
-
▼
2025
(8)
-
▼
Jan
(8)
- From Informal Jobs to Vision 2035: Brunei’s Workfo...
- A New Hope for Brunei’s Telcos: Prompt Action, Per...
- 800 Complaints a Month: The True Cost of DST’s Bil...
- 11,700 Penganggur, 100,000 Pekerja Informal: Retak...
- 11,700 Unemployed, 100,000 Informal Workers: The C...
- Revolution on the Fairway: The Transformation of t...
- From Glitter to Gold: Will Brunei Seize Its Moment...
- Adil Laila Bahagia: Justice and Fairness in Brunei...
-
▼
Jan
(8)
Friday, September 3, 2021
Sunday, December 8, 2019
Kementerian Pembangunan Prihati Masalah Pembayaran Tertunda
Respon Kementerian Pembangunan |
Nyaman jua hati melihat Kementerian Pembangunan segera menjawab aduan awam tentang isu pembayaran tertunda oleh pihak berkuasa.
Tindakan cepat itu menggambarkan sikap prihatin kementerian tentang kemaslahatan vendor dalam industri pembangunan terutama yang melibatkan pengusaha tempatan.
Kitani berharap SAMS KIULAP yang membuat aduan tersebut melalui 'Opinion Page' Borneo Bulletin Rabu 4 Disember 2019 baru lalu akan akhirnya mendapat jalan penyelesaian berhubung masalah yang telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu.
Dari pemerhatian saya dan melalui respon warganet isu pembayaran tertunda melibatkan institusi kerajaan ini masih lagi menjadi isu yang menyakitkan kepala dan hati pihak pengusaha bukan sahaja dalam industri pembangunan tetapi juga dikalangan vendor dalam industri-industri yang lain.
Tidak disangkalkan pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan sejak 2002 telah mengambil langkah dalam memperbaikai sistem pembayaran kepada pembekal dan kontraktor yang berurusan dengan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan. Antaranya dengan memperkenalkan sistem TAFIS (Treasury Accounting and Financial Information System).
Sejak ianya diperkenalkan masalah pembayaran tertunda berkurangan dan sepatutnya tidak lagi menjadi isu setelah lebih 15 tahun ianya digunapakai.
Persoalannya dimanakah salah silapnya sehingga masalah pembayaran bertunda masih lagi menjadi isu?
Saturday, November 30, 2019
MIMBAR SERU BELIA CEBURI BIDANG PERTANIAN
TERUJA jua rasanya apabila mendengar khutbah Jumaat kelmarin
bercakap tentang perlunya para belia menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Mimbar-mimbar masjid seluruh negara menyuarakan perkara ini
dalam konteks; langkah kerajaan untuk mengurangkan pengganguran yang semakin
meningkat dikalangan belia; langkah negara untuk mempelbagai sumber ekonomi yang masih bergantung kepada hasil minyak dan gas dan; langkah kearah mengurangkan kebergantungan negara kepada impot makanan untuk
memenuhi keperluan rakyat dan penduduk di negara ini.
Dalam masa sama khutbah Jumaat yang disediakan oleh penguasa
ugama juga memperkukuh hujah dengan mengariskan beberapa firman dan hadis akan
penting dan mulianya usaha bercucuk tanam dan berladang sebagai satu ibadah
yang diredai.
Alhamdullilah mudah-mudahan banyak yang hadir yang ‘alert’
inda telayap mata terutama belia-belia, teruja dengan mesej dari mimbar
tersebut.
Kan hal nya isu pertanian dan penglibatan belia ani bukan
satu perkara baru.
Kurang lebih 20 tahun lalu, kerajaan melalui Kementerian
Industri dan Sumber-Sumber Utama telah pun memperkenalkan Program Peladang Muda.
Ladang yang luas dibuka dan dimajukan di Kampong Jerudong.
Ramai anak-anak muda ketika itu yang menyahut cabaran dengan menceburkan diri
dalam bidang ternakan ayam. Jabatan Pertanian ketika itu ‘all out’ menyalurkan
bantuan. Pusat penyembelihan Mulaut dimajukan dan menyediakan perkhidmatan yang
kompetitif kepada peladang-peladang muda.
Malangnya program yang melibatkan belia-belia atu inda dapat bertahan
dengan sepak terajang politik dalam arena pertanian yang dikerumuni oleh kaum aristokrat,
borjuis dan kapitalis yang melihat peluang keemasan dalam agenda negara kearah
sara diri dalam penghasilan ayam dan telur ayam.
Harap-harap langkah kerajaan terbaru ani akan lebih berjaya.
Apa yang membimbangkan mindset dan priority elit-elit pentadbir dalam
memberikan bantuan kepada pelaku-pelaku di arena pertanian bersandarkan R.O.I, KPI,
KDNK dan sukat-sukat lain yang boleh mengambarkan keuntungan kerajaan.🤞
Monday, March 11, 2019
Kesejahteraan dijanjikan tinggal kenangan
Liang lahad semakin terasa dekat namun
kesejahteraan hidup yang dijanjikan kepada keluarganya belum ditunaikan.
Awang Musarat
megharapkan pembelaan
|
Begitulah keadaan Awang Musarat bin
Abdullah, 70 tahun, yang sehingga ke hari ini masih mendiami sebuah pondok
buruk dengan keluarganya seramai sepuluh orang di Kampong Bukit Udal, Tutong..
Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu beliau pernah dijanjikan untuk dibinakan sebuah rumah kecil yang lebih sempurna untuk mengantikan pondok buruk yang didiaminya sekarang.
Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu beliau pernah dijanjikan untuk dibinakan sebuah rumah kecil yang lebih sempurna untuk mengantikan pondok buruk yang didiaminya sekarang.
Dayang Nur Salamah dan anak
perempuan mengenangkan nasib malang
|
Sinar bahagia mula memancar
kedalam ruang pondok kecilnya apabila kerja-kerja pembinaan bermula.
Sedihnya sinar kebahagiaan yang mengunjungi
keluarganya hanya sementara.
Kerja pembinaan terhenti begitu
sahaja. Sehingga kini dawai besi peninggalan projek pembinaan rumah yang
dijanjikan tinggal pacak-pacak semacam tugu peringatan janji kesejahteraan yang
hanya tinggal janji.
Merenung jauh depan
'tugu peringatan'
janji kesejahteraan
|
“Kalau ku mati, buruk barangkali
mayat ku balum jua jadi-jadinya rumah yang dorang janjikan ani”, keluh Awang
Musarat sedih mengenangkan nasibnya dan keluarganya yang masih bergantung hidup
kepadanya dan isteri.
“Aku sekarang sudah inda sihat
lagi. Macam atu jua dengan bini ku. Kalau dulu kami berdua sihat dan masih
boleh berkeraja’, ujar Awang Musarat yang lumpuh sebelah badan akibat stroke.
Isteri beliau, Dayang Nor Salamah binte Abdullah Tajam juga sakit buah pinggang
dan perlu ke rumah sakit tiga kali seminggu untuk menjalani rawatan mecuci buah
pinggang.
Awang Musarat Bersama anak dan cucu mengharapkan
belas kesihan depan 'tugu peringatan' Rumah Impian'
|
Mereka berdua dulunya pernah
berkerja di Jerudong Park. Awang Musarat berkhidmat di Taman Permianan kelas
dunia itu sebagai pemandu manakala Dayang Nur Salamah berkhidmat sebagai
pembersih dan tukang kebun.
Kehidupan mereka ketika itu lumayan.
Mereka tidak tergolong dalam asnaf fakir miskin. Malangnya mereka jatuh miskin
apabila Jerudong Park dilanda masalah dan mereka diberhentikan kerja.
Sekarang kehidupan mereka berdua hanya
bergantung pada elaun orang tua.
Tugu Peringatan Rumah Impian berlantarbelakangkan pondok buruk Awan Musarat dan keluarga di Bukit Udal |
“Adalah $500 sebulan dari elaun
pencen tua kami berdua untuk keperluan hari-hari, tapi mana jua mencukupi untuk
menanggung keluarga seramai 10 orang termasuk cucu cucu yang masih kecil yang
masih bergantung hidup dengan kami”, keluhnya lagi.
Menurut beliau, dia pernah
mendapat bantuan asnaf fakir miskin selama dua tahun tetapi sekarang tidak lagi
menerima kerana masalah membaharui permohonan untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu Awang Tahir Radin,
Naib Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah membuat kunjungan kepada
keluarga Awang Musarat pada hari Ahad 10 Mac 2019.
Menurut beliau pihaknya akan coba
membantu memanjangkan masalah yang dihadapi Awang Musarat kepada pihak-pihak
yang berkenaan. Katanya pihak parti juga akan membuat penyelidikan untuk
mengetahui lebih tepat lagi apa punca masalah sebenarnya yang menyebabkan kesejahteraan
Awang Musarat dan keluarga seolah-olah diabaikan.
Wednesday, February 28, 2018
AMBOK DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN
Gambar hiasan: Marine Construction Yard Kuala Belait dulunya antara aktiviti pemangkin ekonomi Daerah Belait |
Sebaik sampai di Gerai Tudung
Saji, aku terus meletakkan kerita di salah satu petak kosong letak kerita ngam-ngam
di samping bangunan gerai.
Selalunya pada waktu pagi begini,
petak-petak letak kerita di samping bangunan gerai sudah diisikan oleh
pelanggan-pelanggan yang sudah awal sampai untuk menjamu selera pagi.
Aku pun terus mematikan injen
kerita dan bergegas naik ke gerai makan si Awie.
Kueh teaw nya nyaman di sini,
servis nya pun cepat.
Selalunya susah untuk mendapatkan
meja kosong kerana ramai yang suka minum pagi di sini.
Tetapi pagi ini beberapa meja
masih kosong.
Aku pun terus menuju ke sebuah meja
kosong di sudut yang menghidangkan pemandangan kawasan Marine Construction Yard
Kuala Belait (MCY).
“Mahu minum apa pa?”, tanya pelayan
lelaki berbangsa Indonesia yang sudah siap sedia melayani ku sebaik saja aku
duduk di kerusi plastik berwarna putih kelabu itu.
‘Teh tarik kurang manis dan kueh
teaw talor mata lembu atas”, spontan aku menjawab.
Sambil menunggu minuman dan
makanan dihidangkan, aku meninjau ke kawasan letak kerita kalau-kalau kawan
yang berjanji belanja minum sudah sampai.
"Kalau ia punting, nahas lah aku
terpaksa bayar sendiri", kata ku dalam hati.
“Assalamulaikum bro”.
Aku tersentak dari lamunan ku, Rupanya
kawan yang ditunggu sudah berada di tepi meja ku duduk.
“Wa’alaikumsalam”, balas ku tersengeh-sengeh
dalam hati berkata ‘ingat inda jadi’.
Pelayan Indon tadi pun datang
membawa minuman dan makanan yang ku order tadi.
“Bapa mahu minum apa?” tanya
pelayan kepada kawan ku.
“Sama”, jawabnya simple sambil
menunjuk kepada minuman dan makanan yang dibawa pelayan Indon itu.
“So…apa ada cerita bagus”, tanya
kawan ku yang dulunya pernah berkerja dengan Syarikat Minyak Shell. Sekarang ia
sudah bersara.
“Kenapa MCY ani macam inda banyak
aktiviti lagi ah?”
“Dulu yard ani sibuk ni?”, tanya
ku membuka cerita.
“Ooh, MCY ku dangar sudah diambil
alih oleh EDPMO. Sekarang ani menurut cerita kontrak membuat platform inda lagi
dibuat locally...sudah di outsource di marine yard di Cina…kan cut down cost kononnya…mengambil
murah”, katanya dengan nada kesal.
“Banar kan!?”, tanya ku
terperanjat mendengar cerita kawan yang selalunya tepat dalam memberikan
maklumat.
Susah untuk ku mempercayai cerita
kawan ku ani.
Inda kan pihak berkenaan tergamak
mematikan industri pembinaan marine Kuala Belait yang dulunya merupakan antara
yang terbesar di rantau Tenggara Asia dan terbesar di kepulauan Borneo.
Semasa zaman gemilang MCY, ramai,
mungkin beribu orang yang bergantung hidup dengan kegiatan-kegiatan pembinaan di MCY.
Perniagaan di Kuala Belait ampit
menikmati rezeki yang bersumber dari kegiatan MCY.
Gerai-gerai makan di Tudung Saji
terutamanya, sering sibuk di waktu pagi apabila pekerja-pekerja di MCY rehat
minum pagi.
Di sebelah pagi dan petang jalan
raya melintasi gerai makan Tudung Saji dan MCY pun selalu sibuk dengan pekerja-pekerja
membonceng basikal untuk pergi balik dari tempat berkerja.
“Patut tah jua banyak bisnes
tutup. Banyak kedai-kedai gulung tikar”, keluh ku kepada kawan ku tadi.
“Paloi jua keraja dorang ani.
Siapa untung siapa rugi?. Yang jelas untung pekerja dan pengusaha di Cina. BSP
dan Kerajaan untung dapat menjimatkan perbelanjaan. Yang rugi basar kitani.
Patut tah jua banyak sekarang ani orang veteran terutamanya, menggangur, bisnes
lingkup, Kuala Belait sunyi senyap”, kata ku dengan nada geram.
Kawan ku tekidum mendengarkan aku
bibiran.
Jagan marah-marah bro”, kata
kawan ku sambil beibun.
“Aku bukan marah, aku geram”,
kata ku sambil menambah, “balik-balik sudah ni orang atas buat keputusan siok
sendiri”.
"Macam pasar Seria jua ni...bisai sudah di tapak lama, di pindah dorang...banyak peniaga Melayu lingkup olehnya...sampai ani pasar Seria yang baharu atu macam ketulahan inda maju", kata ku lagi dengan suara kesal.
“Ngam tah sudah tu titah sultan
atu…dorang ani banar tah pendek akal...pandaikan melimit-limit saja tapi inda banar-banar membangun, buat
perancangan ikut cita rasa dorang saja”, ujar ku geram.
Kueh teaw ku separuh lagi tinggal.
Liur kan makan hilang sudah. Naik dugal ku membawa geram.
Tepat jam 10 kami pun bersurai.
Dalam perjalanan menuju kerita, kepala ku berputar-putar memikirkan apa nasib
nya bangsa ku ani?. MHO
Friday, February 23, 2018
PENGUKUHAN MAQASID SYARIAH PRA SYARAT KEJAYAAN NEGARA
LIMBARUH HIJAU 23 FEBRUARI 2018: TITAH SEMPENA HARI KEBANGSAAN KALI KE 34 menekankan dengan jelas bahawa pra syarat untuk negara mencapai kejayaan yang diberkati ialah dengan memperkukuh MAQASID SYARIAH dalam semua aspek pembangunan bangsa dan negara.
Dalam kata lain setiap perancangan pembangunan mestilah patuh dan menepati lima objektif syariah iaitu: pemeliharaan agama, pemeliharaan jiwa, pemeliharaan akal, pemeliharaan keturunan dan pemeliharaan harta.
Dari sudut pandang baginda sultan perancangan-perancangan pembangunan yang tidak patuh dan memesong dari tuntutan maqasid syariah akan hanya mengundang masalah.
Wednesday, February 21, 2018
Pembaharuan Sistem Demokrasi Akar Umbi
Proses Pemilihan Penghulu dan Ketua Kampung Daerah Belait Sedang Berlangsung
FEBRUARI 21, 2018: Mungkin tidak ramai yang
mengetahui atau tidak perasan bahawa proses pemilihan bagi Penghulu-Penghulu
Mukim dan Ketua-Ketua Kampung di Daerah Belait sedang dilaksanakan.
Kecuali mereka yang menjadi pelanggan tetap Pelita Brunei. Itu pun kalau mereka terbaca tentangnya yang telah disiarkan diruang iklan pada minggu lepas.
Kecuali mereka yang menjadi pelanggan tetap Pelita Brunei. Itu pun kalau mereka terbaca tentangnya yang telah disiarkan diruang iklan pada minggu lepas.
Iklan pencalonan jawatan Penghulu dan Ketua Kampung Daerah Belait |
Menurut petugas di Bahagian
Institusi Penghulu dan Ketua Kampung di Jabatan Daerah Belait, fotokopi iklan
yang sama juga telah disebarluaskan dengan menampal di tempat-tempat strategik
di premis-premis perniagaan di Kuala Belait. Tidak pasti sama ada fotokopi
iklan yang sama juga turut ditampal di kawasan-kawasan lain yang terlibat
seperti di Mukim Seria, Sukang, Bukit Sawat, Labi dan Melilas.
Dalam ruang iklan tersebut telah dihebahkan bahawa ‘Pencalonan Bagi Mengisikan Jawatan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Belait’ telah mula dibukakan.
Dinyatakan bahawa penduduk-penduduk yang bermastautin di mukim-mukim dan kampung-kampung yang terlibat adalah dipelawa untuk mengahadapkan pencalonan mereka kepada Bahagian Institusi Penghulu dan Kampung sebelum 15 Mac 2018 ini.
Menurut maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, sebanyak 4 jawatan Penghulu yang dibukakan melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: Mukim Kuala Belait, Mukim Seria, Mukim Sukang, Mukim Bukit Sawat dan Mukim Melilas.
Manakala 14 jawatan Ketua Kampung dibukakan untuk kawasan-kawasan berikut: Kampung Mumong A dan B, Kampung Pandan A, B dan C, Kampung Sungai Teraban, Kampung Pekan Seria, Kampung Perancangan Perumahan Negara Lorong Tengah, Kampung Sungai Liang, Kampung Lumut l dan ll, Kampung Perancangan Perumahan Negara Kampung Lumut Mukim Liang, Kampung Bukit Sawat dan Kampung Merangking.
Apa yang lebih menarik ialah iklan yang baru disiarkan berbeza dari yang sudah-sudah. Pada masa lalu, ianya diiklankan sebagai jawatan kosong dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk mengisikan jawatan tersebut.
Kini, penduduk-penduduk di Mukim-Mukim dan Kampung-Kampung yang berkenaan dipelawa untuk mencadangkan calon bagi jawatan Penghulu atau Ketua Kampong masing-masing.
Dalam ruang iklan tersebut telah dihebahkan bahawa ‘Pencalonan Bagi Mengisikan Jawatan Penghulu-Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Belait’ telah mula dibukakan.
Dinyatakan bahawa penduduk-penduduk yang bermastautin di mukim-mukim dan kampung-kampung yang terlibat adalah dipelawa untuk mengahadapkan pencalonan mereka kepada Bahagian Institusi Penghulu dan Kampung sebelum 15 Mac 2018 ini.
Menurut maklumat yang terdapat dalam iklan tersebut, sebanyak 4 jawatan Penghulu yang dibukakan melibatkan kawasan-kawasan seperti berikut: Mukim Kuala Belait, Mukim Seria, Mukim Sukang, Mukim Bukit Sawat dan Mukim Melilas.
Manakala 14 jawatan Ketua Kampung dibukakan untuk kawasan-kawasan berikut: Kampung Mumong A dan B, Kampung Pandan A, B dan C, Kampung Sungai Teraban, Kampung Pekan Seria, Kampung Perancangan Perumahan Negara Lorong Tengah, Kampung Sungai Liang, Kampung Lumut l dan ll, Kampung Perancangan Perumahan Negara Kampung Lumut Mukim Liang, Kampung Bukit Sawat dan Kampung Merangking.
Apa yang lebih menarik ialah iklan yang baru disiarkan berbeza dari yang sudah-sudah. Pada masa lalu, ianya diiklankan sebagai jawatan kosong dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk mengisikan jawatan tersebut.
Kini, penduduk-penduduk di Mukim-Mukim dan Kampung-Kampung yang berkenaan dipelawa untuk mencadangkan calon bagi jawatan Penghulu atau Ketua Kampong masing-masing.
Fotokopi iklan yang ditampalkan di dinding pintu masuk
ke Bahagian Institusi Penghulu dan Ketua Kampung
Jabatan Daerah Belait.
|
Menurut petugas di
Jabatan Daerah Belait, format baru ini diperkenalkan di bawah Skim Perkhidmatan Penghulu dan Ketua Kampung tahun 2013
bermula 1 April 2015 bagi menggantikan Skim Tahun 1998.
Skim
baharu ini diperkenalkan atas titah perkenan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara
Brunei Darussalam.
Baginda Sultan juga telah memperkenankan langkah mengemaskan
pendaftaran pengundi dan tatacara pengundian bagi pemilihan Penghulu dan Ketua
Kampung.
Dalam langkah ini pendaftaran dan daftar pengundi di setiap
kampong akan dikemaskan setiap enam atau 12 bulan; pengundi-pengundi yang
berdaftar akan diberikan surat jemputan untuk hadir ke Majlis Pemilihan dan
Pengundian Calon; dan Pengundian dan Pemilihan Ketua Kampung hanya dikira sah
jika dihadiri yakni disertai oleh tidak kurang 1/3 dari jumlah pengundi
berdaftar di kampung berkenaan. Dan pengemasan ini akan sama digunakan bagi
peringkat mukim untuk pengundian dan pemilihan Penghulu Mukim.
Perkembangan ini setentunya
sangat menarik bagi pemerhati-pemerhati politik tanah air.
Kalau tidak keterlaluan
dapat diandaikan bahawa langkah untuk menyerapkan elemen-elemen penting dalam sistem demokrasi
akar umbi ini, iaitu seperti proses penamaan calon, saringan kelayakan calon
untuk bertanding dan pengundian calon semacam satu langkah awal mempersiapkan
rakyat dan penduduk bagi sistem pilihan raya peringkat nasional.
Kemungkinan langkah awal
ini sebagai satu latihan dan kajian, wa’allah wa’alam. Kita lihat dan tunggu. Oleh itu, sambil kita melihat dan
tunggu maka ada baiknya kita ikut serta merayakannya.
Hal ini kerana, menurut penjelasan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negri, tujuan utama Skim
Perkhidmatan baharu termasuk sistem pemilihan yang diperkenalkan ini adalah bagi
mempertingkat, memperkukuh dan memantapkan lagi kewibawaan, mutu atau kualiti
kepimpinan serta keberkesanan Institusi Penghulu dan Ketua Kampung sebagai
teras kepimpinan akar umbi.
Poster menunjukkan jumlah penduduk dibeberapa mukim di daerah Belait. |
KHEDN
berharap melalui skim baharu ini ianya akan dapat memupuk semangat
kewarganegaraan yang baik dalam mendukung kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Skim
baharu ini juga diharapkan akan dapat menjamin kepimpinan yang bermutu lagi di
peringkat akar umbi.
Di bawah
skim baharu ini Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang baru dilantik akan
berkhidmat selama 10 tahun, dan itu pun tertakluk kepada penilaian prestasi
bagi perkhidmatan lima tahun pertama.
Dan
setelah 10 tahun itu, pelantikan semula adalah melalui proses pencalonan dan
pengundian yang diadakan. Jika terpilih barulah akan dilantik untuk tempoh lima-lima
tahun sehingga mencapai umur 70 Tahun.
Dalam
erti kata lain, prestasi seorang Ketua Kampung dan Penghulu Mukim tidak sahaja
akan dinilai oleh pegawai daerah malahan penduduk kampung dan mukimnya juga akan
berperanan menentukan sama ada Penghulu dan Ketua Kampung masing-masing layak
meneruskan perkhidmatan setelah 10 Tahun.
Penduduk
kampung dan mukim pula akan mempunyai pilihan antara Ketua Kampung dan Penghulu
Mukim yang telah diketahui tahap prestasi dan mutu kepimpinan masing-masing
dengan calon atau calon-calon baharu yang mungkin lebih berkelayakan serta
berkebolehan memberikan kepimpinan peringkat akar umbi yang berkesan.
Semoga pembaharuan sistem politik akar umbi ini akan terus diperbaiki dan
dikembangkan ke peringkat nasional contohnya dalam pemilihan perwakilan rakyat di Majlis Mesyuarat Negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)