TERUJA jua rasanya apabila mendengar khutbah Jumaat kelmarin
bercakap tentang perlunya para belia menceburkan diri dalam bidang pertanian.
Mimbar-mimbar masjid seluruh negara menyuarakan perkara ini
dalam konteks; langkah kerajaan untuk mengurangkan pengganguran yang semakin
meningkat dikalangan belia; langkah negara untuk mempelbagai sumber ekonomi yang masih bergantung kepada hasil minyak dan gas dan; langkah kearah mengurangkan kebergantungan negara kepada impot makanan untuk
memenuhi keperluan rakyat dan penduduk di negara ini.
Dalam masa sama khutbah Jumaat yang disediakan oleh penguasa
ugama juga memperkukuh hujah dengan mengariskan beberapa firman dan hadis akan
penting dan mulianya usaha bercucuk tanam dan berladang sebagai satu ibadah
yang diredai.
Alhamdullilah mudah-mudahan banyak yang hadir yang ‘alert’
inda telayap mata terutama belia-belia, teruja dengan mesej dari mimbar
tersebut.
Kan hal nya isu pertanian dan penglibatan belia ani bukan
satu perkara baru.
Kurang lebih 20 tahun lalu, kerajaan melalui Kementerian
Industri dan Sumber-Sumber Utama telah pun memperkenalkan Program Peladang Muda.
Ladang yang luas dibuka dan dimajukan di Kampong Jerudong.
Ramai anak-anak muda ketika itu yang menyahut cabaran dengan menceburkan diri
dalam bidang ternakan ayam. Jabatan Pertanian ketika itu ‘all out’ menyalurkan
bantuan. Pusat penyembelihan Mulaut dimajukan dan menyediakan perkhidmatan yang
kompetitif kepada peladang-peladang muda.
Malangnya program yang melibatkan belia-belia atu inda dapat bertahan
dengan sepak terajang politik dalam arena pertanian yang dikerumuni oleh kaum aristokrat,
borjuis dan kapitalis yang melihat peluang keemasan dalam agenda negara kearah
sara diri dalam penghasilan ayam dan telur ayam.
Harap-harap langkah kerajaan terbaru ani akan lebih berjaya.
Apa yang membimbangkan mindset dan priority elit-elit pentadbir dalam
memberikan bantuan kepada pelaku-pelaku di arena pertanian bersandarkan R.O.I, KPI,
KDNK dan sukat-sukat lain yang boleh mengambarkan keuntungan kerajaan.🤞