Thursday, September 30, 2021

Moving on with Covid

SEPT 30,2010: The International Monetary Fund (IMF) was impressed with Brunei's recently released Economic Blueprint. IMF said Brunei should continue to build on efforts to diversify the economy, further attract foreign direct investment (FDI) and enhance human capital and improve private employment.
IMF projected the country’s GDP at two percent this year and 2.6 percent next year.
It's quite a promising projection. I hope we could realize it considering these challenging times. I hope the authorities make public on how they are going to achieve it so as to instill confidence in this depressing time that the nation will survive and thrive.
We are aware of how serious are the effects of the Covid-19 pandemic on Brunei's efficiencies and effectiveness. The pandemic badly impacted the productivity and production capabilities of the country - across the board, in all sectors - at an individual level, family, community, the society as a whole.
So it would be refreshing and motivating to see, for example, the Legislative Council, convening 'online' on way forward, more public debates on living with Covid-19, and so on and so forth. The narratives now should be more on the way forward. What do you say?



Sunday, December 8, 2019

Kementerian Pembangunan Prihati Masalah Pembayaran Tertunda

Respon Kementerian Pembangunan

Nyaman jua hati melihat Kementerian Pembangunan segera menjawab aduan awam tentang isu pembayaran tertunda oleh pihak berkuasa. 


Tindakan cepat itu menggambarkan sikap prihatin kementerian tentang kemaslahatan vendor dalam industri pembangunan terutama yang melibatkan pengusaha tempatan. 

Kitani berharap SAMS KIULAP yang membuat aduan tersebut melalui 'Opinion Page' Borneo Bulletin Rabu 4 Disember 2019 baru lalu akan akhirnya mendapat jalan penyelesaian berhubung masalah yang telah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu. 

Dari pemerhatian saya dan melalui respon warganet isu pembayaran tertunda melibatkan institusi kerajaan ini masih lagi menjadi isu yang menyakitkan kepala dan hati pihak pengusaha bukan sahaja dalam industri pembangunan tetapi juga dikalangan vendor dalam industri-industri yang lain. 
Antara respon warganet yang
turut kecewa

Tidak disangkalkan pihak kerajaan melalui Kementerian Kewangan sejak 2002 telah mengambil langkah dalam memperbaikai sistem pembayaran kepada pembekal dan kontraktor yang berurusan dengan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan. Antaranya dengan memperkenalkan sistem TAFIS (Treasury Accounting and Financial Information System)


Sejak ianya diperkenalkan masalah pembayaran tertunda berkurangan dan sepatutnya tidak lagi menjadi isu setelah lebih 15 tahun ianya digunapakai. 

Persoalannya dimanakah salah silapnya sehingga masalah pembayaran bertunda masih lagi menjadi isu?


       

Saturday, November 30, 2019

MIMBAR SERU BELIA CEBURI BIDANG PERTANIAN


TERUJA jua rasanya apabila mendengar khutbah Jumaat kelmarin bercakap tentang perlunya para belia menceburkan diri dalam bidang pertanian.

Mimbar-mimbar masjid seluruh negara menyuarakan perkara ini dalam konteks; langkah kerajaan untuk mengurangkan pengganguran yang semakin meningkat dikalangan belia; langkah negara untuk mempelbagai sumber ekonomi yang masih bergantung kepada hasil minyak dan gas dan; langkah kearah mengurangkan kebergantungan negara kepada impot makanan untuk memenuhi keperluan rakyat dan penduduk di negara ini.

Dalam masa sama khutbah Jumaat yang disediakan oleh penguasa ugama juga memperkukuh hujah dengan mengariskan beberapa firman dan hadis akan penting dan mulianya usaha bercucuk tanam dan berladang sebagai satu ibadah yang diredai.

Alhamdullilah mudah-mudahan banyak yang hadir yang ‘alert’ inda telayap mata terutama belia-belia, teruja dengan mesej dari mimbar tersebut.

Kan hal nya isu pertanian dan penglibatan belia ani bukan satu perkara baru.
Kurang lebih 20 tahun lalu, kerajaan melalui Kementerian Industri dan Sumber-Sumber Utama telah pun memperkenalkan Program Peladang Muda.

Ladang yang luas dibuka dan dimajukan di Kampong Jerudong. Ramai anak-anak muda ketika itu yang menyahut cabaran dengan menceburkan diri dalam bidang ternakan ayam. Jabatan Pertanian ketika itu ‘all out’ menyalurkan bantuan. Pusat penyembelihan Mulaut dimajukan dan menyediakan perkhidmatan yang kompetitif kepada peladang-peladang muda.

Malangnya program yang melibatkan belia-belia atu inda dapat bertahan dengan sepak terajang politik dalam arena pertanian yang dikerumuni oleh kaum aristokrat, borjuis dan kapitalis yang melihat peluang keemasan dalam agenda negara kearah sara diri dalam penghasilan ayam dan telur ayam.
  
Harap-harap langkah kerajaan terbaru ani akan lebih berjaya. Apa yang membimbangkan mindset dan priority elit-elit pentadbir dalam memberikan bantuan kepada pelaku-pelaku di arena pertanian bersandarkan R.O.I, KPI, KDNK dan sukat-sukat lain yang boleh mengambarkan keuntungan kerajaan.🤞

Monday, March 11, 2019

Kesejahteraan dijanjikan tinggal kenangan

Liang lahad semakin terasa dekat namun kesejahteraan hidup yang dijanjikan kepada keluarganya belum ditunaikan.
Awang Musarat 
megharapkan pembelaan
 Begitulah keadaan Awang Musarat bin Abdullah, 70 tahun, yang sehingga ke hari ini masih mendiami sebuah pondok buruk dengan keluarganya seramai sepuluh orang di Kampong Bukit Udal, Tutong..

Lebih kurang sepuluh tahun yang lalu beliau pernah dijanjikan untuk dibinakan sebuah rumah kecil yang lebih sempurna untuk mengantikan pondok buruk yang didiaminya sekarang.

Dayang Nur Salamah dan anak 
perempuan mengenangkan nasib malang

Sinar bahagia mula memancar kedalam ruang pondok kecilnya apabila kerja-kerja pembinaan bermula. 

Sedihnya sinar kebahagiaan yang mengunjungi keluarganya hanya sementara.

Kerja pembinaan terhenti begitu sahaja. Sehingga kini dawai besi peninggalan projek pembinaan rumah yang dijanjikan tinggal pacak-pacak semacam tugu peringatan janji kesejahteraan yang hanya tinggal janji.    
Merenung jauh depan
'tugu peringatan'
janji kesejahteraan  
“Kalau ku mati, buruk barangkali mayat ku balum jua jadi-jadinya rumah yang dorang janjikan ani”, keluh Awang Musarat sedih mengenangkan nasibnya dan keluarganya yang masih bergantung hidup kepadanya dan isteri.

“Aku sekarang sudah inda sihat lagi. Macam atu jua dengan bini ku. Kalau dulu kami berdua sihat dan masih boleh berkeraja’, ujar Awang Musarat yang lumpuh sebelah badan akibat stroke. Isteri beliau, Dayang Nor Salamah binte Abdullah Tajam juga sakit buah pinggang dan perlu ke rumah sakit tiga kali seminggu untuk menjalani rawatan mecuci buah pinggang. 
Awang Musarat Bersama anak dan cucu mengharapkan
belas kesihan depan 'tugu peringatan' Rumah Impian'
Mereka berdua dulunya pernah berkerja di Jerudong Park. Awang Musarat berkhidmat di Taman Permianan kelas dunia itu sebagai pemandu manakala Dayang Nur Salamah berkhidmat sebagai pembersih dan tukang kebun.

Kehidupan mereka ketika itu lumayan. Mereka tidak tergolong dalam asnaf fakir miskin. Malangnya mereka jatuh miskin apabila Jerudong Park dilanda masalah dan mereka diberhentikan kerja.  

Sekarang kehidupan mereka berdua hanya bergantung pada elaun orang tua.
Tugu Peringatan Rumah Impian berlantarbelakangkan pondok buruk Awan Musarat dan keluarga di Bukit Udal
“Adalah $500 sebulan dari elaun pencen tua kami berdua untuk keperluan hari-hari, tapi mana jua mencukupi untuk menanggung keluarga seramai 10 orang termasuk cucu cucu yang masih kecil yang masih bergantung hidup dengan kami”, keluhnya lagi.

Menurut beliau, dia pernah mendapat bantuan asnaf fakir miskin selama dua tahun tetapi sekarang tidak lagi menerima kerana masalah membaharui permohonan untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu Awang Tahir Radin, Naib Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah membuat kunjungan kepada keluarga Awang Musarat pada hari Ahad 10 Mac 2019.

Menurut beliau pihaknya akan coba membantu memanjangkan masalah yang dihadapi Awang Musarat kepada pihak-pihak yang berkenaan. Katanya pihak parti juga akan membuat penyelidikan untuk mengetahui lebih tepat lagi apa punca masalah sebenarnya yang menyebabkan kesejahteraan Awang Musarat dan keluarga seolah-olah diabaikan.

Wednesday, February 28, 2018

AMBOK DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN


Gambar hiasan: Marine Construction Yard Kuala Belait dulunya antara aktiviti pemangkin ekonomi Daerah Belait

Sebaik sampai di Gerai Tudung Saji, aku terus meletakkan kerita di salah satu petak kosong letak kerita ngam-ngam di samping bangunan gerai.

Selalunya pada waktu pagi begini, petak-petak letak kerita di samping bangunan gerai sudah diisikan oleh pelanggan-pelanggan yang sudah awal sampai untuk menjamu selera pagi.

Aku pun terus mematikan injen kerita dan bergegas naik ke gerai makan si Awie.

Kueh teaw nya nyaman di sini, servis nya pun cepat.

Selalunya susah untuk mendapatkan meja kosong kerana ramai yang suka minum pagi di sini.

Tetapi pagi ini beberapa meja masih kosong.

Aku pun terus menuju ke sebuah meja kosong di sudut yang menghidangkan pemandangan kawasan Marine Construction Yard Kuala Belait (MCY).

“Mahu minum apa pa?”, tanya pelayan lelaki berbangsa Indonesia yang sudah siap sedia melayani ku sebaik saja aku duduk di kerusi plastik berwarna putih kelabu itu.

‘Teh tarik kurang manis dan kueh teaw talor mata lembu atas”, spontan aku menjawab.

Sambil menunggu minuman dan makanan dihidangkan, aku meninjau ke kawasan letak kerita kalau-kalau kawan yang berjanji belanja minum sudah sampai.

"Kalau ia punting, nahas lah aku terpaksa bayar sendiri", kata ku dalam hati.

“Assalamulaikum bro”.

Aku tersentak dari lamunan ku, Rupanya kawan yang ditunggu sudah berada di tepi meja ku duduk.

“Wa’alaikumsalam”, balas ku tersengeh-sengeh dalam hati berkata ‘ingat inda jadi’.

Pelayan Indon tadi pun datang membawa minuman dan makanan yang ku order tadi.

“Bapa mahu minum apa?” tanya pelayan kepada kawan ku.

“Sama”, jawabnya simple sambil menunjuk kepada minuman dan makanan yang dibawa pelayan Indon itu.

“So…apa ada cerita bagus”, tanya kawan ku yang dulunya pernah berkerja dengan Syarikat Minyak Shell. Sekarang ia sudah bersara.

“Kenapa MCY ani macam inda banyak aktiviti lagi ah?”

“Dulu yard ani sibuk ni?”, tanya ku membuka cerita.    

“Ooh, MCY ku dangar sudah diambil alih oleh EDPMO. Sekarang ani menurut cerita kontrak membuat platform inda lagi dibuat locally...sudah di outsource di marine yard di Cina…kan cut down cost kononnya…mengambil murah”, katanya dengan nada kesal.

“Banar kan!?”, tanya ku terperanjat mendengar cerita kawan yang selalunya tepat dalam memberikan maklumat.

Susah untuk ku mempercayai cerita kawan ku ani.

Inda kan pihak berkenaan tergamak mematikan industri pembinaan marine Kuala Belait yang dulunya merupakan antara yang terbesar di rantau Tenggara Asia dan terbesar di kepulauan Borneo.

Semasa zaman gemilang MCY, ramai, mungkin beribu orang yang bergantung hidup dengan kegiatan-kegiatan pembinaan di MCY.  

Perniagaan di Kuala Belait ampit menikmati rezeki yang bersumber dari kegiatan MCY.

Gerai-gerai makan di Tudung Saji terutamanya, sering sibuk di waktu pagi apabila pekerja-pekerja di MCY rehat minum pagi.

Di sebelah pagi dan petang jalan raya melintasi gerai makan Tudung Saji dan MCY pun selalu sibuk dengan pekerja-pekerja membonceng basikal untuk pergi balik dari tempat berkerja.

“Patut tah jua banyak bisnes tutup. Banyak kedai-kedai gulung tikar”, keluh ku kepada kawan ku tadi.

“Paloi jua keraja dorang ani. Siapa untung siapa rugi?. Yang jelas untung pekerja dan pengusaha di Cina. BSP dan Kerajaan untung dapat menjimatkan perbelanjaan. Yang rugi basar kitani. Patut tah jua banyak sekarang ani orang veteran terutamanya, menggangur, bisnes lingkup, Kuala Belait sunyi senyap”, kata ku dengan nada geram.

Kawan ku tekidum mendengarkan aku bibiran.

Jagan marah-marah bro”, kata kawan ku sambil beibun.

“Aku bukan marah, aku geram”, kata ku sambil menambah, “balik-balik sudah ni orang atas buat keputusan siok sendiri”.

"Macam pasar Seria jua ni...bisai sudah di tapak lama, di pindah dorang...banyak peniaga Melayu lingkup olehnya...sampai ani pasar Seria yang baharu atu macam ketulahan inda maju", kata ku lagi dengan suara kesal. 

“Ngam tah sudah tu titah sultan atu…dorang ani banar tah pendek akal...pandaikan melimit-limit saja tapi inda banar-banar membangun, buat perancangan ikut cita rasa dorang saja”, ujar ku geram.

Kueh teaw ku separuh lagi tinggal. Liur kan makan hilang sudah. Naik dugal ku membawa geram.

Tepat jam 10 kami pun bersurai. Dalam perjalanan menuju kerita, kepala ku berputar-putar memikirkan apa nasib nya bangsa ku ani?.  MHO