Cabaran Meningkatkan Daya Saing Brunei
29
SEPTEMBER 2017: TIGA FAKTOR UTAMA yang menjadi gendala bagi ekonomi Negara
Brunei untuk lebih berdaya saing; pertama akses kepada kewangan yang terhad;
kedua, karenah birokrasi kerajaan; dan ketiga etika tenaga buruh nasional.
Ketiga-tiga bidang in
perlu penambahbaikan jika Brunei ingin dinaikan ke darjah yang lebih tinggi
dalam kelas daya saing global, kalau pun tidak sedarjah sekurang-kurangnya
standing dengan negara-negara yang lebih hebat dan cemerlang daya saing ekonomi
nya di arena serantau dan antarabangsa.
Negara-negara yang
menduduki tangga ke-10 teratas tahun ini adalah Switzerland, Amerika Syarikat,
Singapura, Netherlands, Jerman, Hong Kong, Sweden, United Kingdom, Jepun dan
Finland.
Brunei secara keseluruhan,
menurut kajian terkini World Economic Forum (WEF) Global Competitiveness, adalah
lebih berdaya saing berbanding tahun sebelumnya.
Kajian
tersebut merupakan penilaian daya saing (competitiveness) utama di dunia
terhadap 12 teras (pillars) yang merangkumi konsep untuk produktiviti dan
kemakmuran jangka panjang (long-term prosperity) seperti institusi, infrastruktur,
iklim makro-ekonomik, kesihatan, pendidikan, perkembangan teknologi, sumber
tenaga pekerja dan lain-lain.
Tahun lalu Brunei
menduduki tangga ke 58 daripada 137 ekonomi dunia. Brunei tahun ini naik 12
anak tangga iaitu naik ke anak tangga ke 48. Dari segi markah, Brunei mencapai
jumlah markah sebanyak 4.5 daripada 7 markah penuh, menurut Global
Competitiveness Report 2017-2018 yang diterbitkan oleh WEF.
Laporan tersebut juga
menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam adalah ekonomi yang paling
meningkat di kalangan negara-negara ASEAN. Negara Brunei Darussalam kini
menduduki tangga ke-5 teratas di rantau ASEAN didahului oleh Republik
Singapura, Malaysia, Thailand dan Indonesia.
Namun demikian lebih
banyak lagi usaha dan kesungguhan diperlukan bagi memperbaiki iklim perniagaan
di negara ini.
Seperti yang dilaporkan, akses kepada kewangan perlu
perhatian dan tindakan pihak-pihak berwajib termasuklah pelaku-pelaku dalam
industri perbankan di negara ini.
Isu ini melibatkan banyak aspek antaranya ialah kemudahan
yang terhad bagi pengusaha-pengusaha untuk mendapatkan pinjaman bank; industri
perbankan yang agak kecil; Kos perkhidmatan perbankan yang agak tinggi dan
karenah pita merah (red tape) dalam berurusan dengan bank di negara ini.
Selain itu menurut kajian, bank-bank yang beroperasi
di Negara Brunei lebih suka berurusan dengan pelanggan-pelanggan persendirian
dari berurusan dengan syarikat-syarikat.
Makanya kita sering mendengar rungutan dikalangan
pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana betapa susahnya untuk mendapatkan pinjaman
bank dalam usaha membangunkan perniagaan mereka.
Sementara itu iklim perniagaan juga turut terjejas
oleh isu birokrasi sektor awam yang sering melunturkan minat dan semangat
pengusaha-pengusaha tempatan untuk terus berkembang maju dan turut mematahkan
semangat pelabur-pelabur asing untuk berurusniaga dengan Brunei. Ini ditambah
buruk lagi dengan etika tenaga buruh nasional yang kurang menyenangkan, seperti
suasana kerja yang kurang kondusif, etika pekerja yang rendah, tidak
bermotivasi, budaya kerja yang kurang sihat terutama di sektor awam, hubungan kurang
baik antara majikan dan pekerja, kurang insentif, yang mana semua ini
menjejaskan produktiviti.
Walaubagaimanapun
Jabatan Tenaga dan Perindustrian Jabatan Perdana Menteri menilai peningkatan
kedudukan negara dalam laporan tersebut menunjukkan bahawa sentimen perniagaan
di negara ini menuju ke arah yang positif dan sejajar dengan usaha-usaha
komprehensif ke arah mendukung iklim pro-business yang telahpun disambut baik
oleh pihak Bank Dunia seperti yang dilaporkan dalam Laporan Doing Business 2017
tahun lalu.
Dalam satu kenyataan akhbar jabatan tersebut menyatakan
bahawa, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, melalui Jawatankuasa Pandu Ease
of Doing Business, sedang giat menerajui usaha reformasi bagi mempermudah cara
kecekapan proses-proses kerajaan, memastikan kos yang kompetitif dalam
menjalankan perniagaan dan penyelarasan perundangan yang seimbang dengan amalan
terbaik antarabangsa.
Beberapa inisiatif juga
dijalankan yang lebih menumpukan bagi mempermudahkan kemasukan Pelaburan
Langsung Asing (FDI) ke Negara Brunei Darussalam dengan penubuhan FDI Action
Support Centre yang bertanggungjawab untuk memproses FDI secara 'fast-track'
dan penyelarasan bersama agensi-agensi pelaburan yang berkaitan.
Inisiatif-inisiatif
tersebut telah meningkatkan keyakinan negara sebagai destinasi untuk pelaburan
dengan influx FDI yang tinggi dari berbagai sektor. Satu contoh ialah, komitmen
Hengyi Industries yang bernilai AS$12 bilion untuk mengembangkan fasa kedua
projek petrokimia di Pulau Muara Besar (PMB), menjadikan projek pelaburan luar
Hengyi yang terbesar.
Negara melihat peningkatan
iklim perniagaan merupakan asas utama dalam meningkatkan tahap daya saing
negara bagi memupuk trajektori pertumbuhan ekonomi selaras dengan matlamat
Wawasan Brunei 2035.
Ke arah ini, kerjasama
erat di antara pihak kerajaan dengan sektor swasta adalah kunci utama kepada
kejayaan dalam merangsang perkembangan di dalam sektor bukan minyak dan gas.
Dengan penilaian terhadap 12 teras (pillars) di dalam Laporan Global Competitiveness,
Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 akan terus giat memantau kedudukan negara
dan menjadikan laporan ini sebagai 'baseline' kebangsaan dalam mengenal pasti
tahap daya saing dan mercu ke arah meningkatkan fokus untuk mendorong
perkembangan sosioekonomi dijangka masa panjang.
Sebagai salah satu
persediaan bagi laporan tahun ini, WEF dan Negara Brunei Darussalam melalui
Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri menjalankan Kajian
Global Competitiveness iaitu Executive Opinion Survey pada bulan Mac sehingga
bulan Mei tahun ini.
Dalam laporan tahun ini,
peningkatan penyertaan daripada sektor swasta dapat dirasai dengan penglibatan
daripada Syarikat Pelabur Asing (FDI), Syarikat-Syarikat Milik Kerajaan (GLC)
serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SMEs) yang meliputi beberapa sektor
seperti minyak dan gas, pertanian, perdagangan, logistik dan perhubungan.
No comments:
Post a Comment