HOME

Saturday, June 7, 2014

MENDAKWAHKAN KEINDAHAN HUKUM ALLAH



Khutbah Jumaat kemarin sekali lagi memperkatakan tentang perlaksanaan undang-undang syariah. Khutbah Jumaat lepas pun menyentuh perkara yang sama.

Dari sudut pandang dan dengar saya mesej yang coba disampaikan kali ini ialah tentang kelebihan dan keindahan hukum ciptaan Allah berbanding undang-undang ciptaan manausia.

Khutbah sebelumnya pula mengariskan tentang terdapatnya tahap-tahap penerimaan undang-undang syariah dari tiga golongan masyarakat iaitu golongan yang secara mutlak menerimanya, golongan yang 50/50 menerimanya dan kelompok masyarakat yang secara total menolaknya.

Golongan pertama ialah orang-orang Islam yang mempunyai keimanan dan kefahaman yang mantap tentang Islam dan ajaranya, kedua ialah umat Islam yang kurang kefahaman dan kelompok ketiga pula ialah golongan non-muslim yang tidak senang dengan Islam.

Dapat diperhatikan dari kedua-dua khutbah ini peningkatan yang agak baik dalam usaha memberigakan undang-undang syariah dan perlaksanaannya yang sebelumnya agak bercelaru.

Justeru wajar bagi kita merakamkan ucapan tahniah kepada Jawatankuasa Pemberigaan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah atas peningkatan tersebut. Walau bagaimanapun ini bukan bererti semuanya sudah bisai dan sempurna. Masih banyak ruang untuk pembaikkan.

Dalam hal ini saya teringat syarahan YDM Pehin Mufti Dato Dr Haji Abdul Aziz Juned di satu seminar baru-baru ini yang membincangkan tajuk “Dakwah Islamiah Dalam Pembangunan dan Kemajuan’.

Antara lain Pehin Mufti mengariskan peranan dakwah dalam membina keimanan, akidah yang betul, membentuk amalan dan tingkah laku yang baik dalam diri masyarakat itu sebagai satu keutamaan kearah mencapai pembangunan dan kemajuan yang diberkati Allah.

Apa yang menarik perhatian ialah penekanan Pehin Mufti tentang pentingnya para da’ie, bukan sahaja perlu memiliki ilmu yang tinggi dan kebolehan untuk berceramah, tetapi paling mustahak “they practice what they preach” selaras dengan tujuan Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam diutus iaitu untuk menjadi contoh tauladan kepada umat manusia. Kata Pehin Mufti lagi perlu juga para da'ie zaman ICT ini mengunakan visual dalam kerja-kerja dakwaah mereka.

Seterusnya Pehin Mufti juga mengingatkan bahawa para da’ie sekarang sedang berhadapan dengan cabaran yang hebat dari generasi internet dan generasi google.

Kurang lebih pesan Pehin Mufti, kalau kurang-kurang dalam menyampaikan dakwah, kamu akan menjadi bahan ketawa generasi google.

Saya fikir pesanan ini sesuai juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha memberigakan Hukuman Kanun Jenayah Syariah ini.


     Baru-baru ini saya berbincang dengan beberapa bekas rakan sejawat wartawan yang sudah bersara dan yang sudah pension dan penerima elaun tua. Macam si banar lah kami bertegang-tegang urat memberikan pandangan.


     Akhirnya kami mencapai persefahaman yang antaranya seperi berikut:

  • Jika belum ada diadakan dengan segera satu ‘Perancangan dan Strategi Komunikasi’ yang komprehensif dan mantap agar pemberigaan undang-undang Allah itu tidak mengelirukan orang awam, malahan akan nampak dengan jelas keindahanya mesej keadilan dan ehsan yang dibawanya.
  • Dalam ‘blueprint’ ini dikenalpasti sasaran-sasaran golongan masyarakat yang perlu diberikan kefahaman tentang undang-undang syariah, contohnya institusi keluarga, kelompok peniaga dan pelabur, belia remaja, murid-murid sekolah dan masyarakat non-muslim. 
  • Mengenal pasti mesej-mesej strategik dan non-strategik dalam pemberigaan undang-undang Islam kepada masyarakat umum dan antarabangsa. Contohnya; yang mana satu merupakan mesej yang lebih strategik antara bab hukuman potong tangan dan rejam dengan mesej yang mengarisbawahkan keindahan dan keadilan undang-undang Islam dalam melindungi kepentingan awam dan hak-hak kebebasan individu terutama dalam bab memelihara ugama, keselamatan akal, jiwa, harta dan keturunan?
  • Mempastikan nada pemberigaan lebih memberikan keyakinan dan ketenteraman kepada masyarakat umum dan tidak terlalu defensif. 
  • Bersangka baik dalam mengambil kira maklum balas umum, walaupun kurang baik, sebagai sumber maklumat yang berguna dalam usaha meningkatkan keberkesanan pemberigaan seterusnya.


Itu lah antara pemikiran kami yang cetek ilmu ugama ini tetapi ingin benar melihat undang-undang Islam tegak berdiri di bumi bertuah ini. Harapan raja kita ianya tidak dicacat celakan oleh kelemahan kita dalam melaksanakannya terutama melalui usaha mendakwahkan keindahan hukum Allah itu kepada umat manusia sejagat.  Wallahu wa’alam.  Wasallam.