HOME

Tuesday, February 27, 2018

AMBOK DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN


Gambar hiasan: Marine Construction Yard Kuala Belait dulunya antara aktiviti pemangkin ekonomi Daerah Belait

Sebaik sampai di Gerai Tudung Saji, aku terus meletakkan kerita di salah satu petak kosong letak kerita ngam-ngam di samping bangunan gerai.

Selalunya pada waktu pagi begini, petak-petak letak kerita di samping bangunan gerai sudah diisikan oleh pelanggan-pelanggan yang sudah awal sampai untuk menjamu selera pagi.

Aku pun terus mematikan injen kerita dan bergegas naik ke gerai makan si Awie.

Kueh teaw nya nyaman di sini, servis nya pun cepat.

Selalunya susah untuk mendapatkan meja kosong kerana ramai yang suka minum pagi di sini.

Tetapi pagi ini beberapa meja masih kosong.

Aku pun terus menuju ke sebuah meja kosong di sudut yang menghidangkan pemandangan kawasan Marine Construction Yard Kuala Belait (MCY).

“Mahu minum apa pa?”, tanya pelayan lelaki berbangsa Indonesia yang sudah siap sedia melayani ku sebaik saja aku duduk di kerusi plastik berwarna putih kelabu itu.

‘Teh tarik kurang manis dan kueh teaw talor mata lembu atas”, spontan aku menjawab.

Sambil menunggu minuman dan makanan dihidangkan, aku meninjau ke kawasan letak kerita kalau-kalau kawan yang berjanji belanja minum sudah sampai.

"Kalau ia punting, nahas lah aku terpaksa bayar sendiri", kata ku dalam hati.

“Assalamulaikum bro”.

Aku tersentak dari lamunan ku, Rupanya kawan yang ditunggu sudah berada di tepi meja ku duduk.

“Wa’alaikumsalam”, balas ku tersengeh-sengeh dalam hati berkata ‘ingat inda jadi’.

Pelayan Indon tadi pun datang membawa minuman dan makanan yang ku order tadi.

“Bapa mahu minum apa?” tanya pelayan kepada kawan ku.

“Sama”, jawabnya simple sambil menunjuk kepada minuman dan makanan yang dibawa pelayan Indon itu.

“So…apa ada cerita bagus”, tanya kawan ku yang dulunya pernah berkerja dengan Syarikat Minyak Shell. Sekarang ia sudah bersara.

“Kenapa MCY ani macam inda banyak aktiviti lagi ah?”

“Dulu yard ani sibuk ni?”, tanya ku membuka cerita.    

“Ooh, MCY ku dangar sudah diambil alih oleh EDPMO. Sekarang ani menurut cerita kontrak membuat platform inda lagi dibuat locally...sudah di outsource di marine yard di Cina…kan cut down cost kononnya…mengambil murah”, katanya dengan nada kesal.

“Banar kan!?”, tanya ku terperanjat mendengar cerita kawan yang selalunya tepat dalam memberikan maklumat.

Susah untuk ku mempercayai cerita kawan ku ani.

Inda kan pihak berkenaan tergamak mematikan industri pembinaan marine Kuala Belait yang dulunya merupakan antara yang terbesar di rantau Tenggara Asia dan terbesar di kepulauan Borneo.

Semasa zaman gemilang MCY, ramai, mungkin beribu orang yang bergantung hidup dengan kegiatan-kegiatan pembinaan di MCY.  

Perniagaan di Kuala Belait ampit menikmati rezeki yang bersumber dari kegiatan MCY.

Gerai-gerai makan di Tudung Saji terutamanya, sering sibuk di waktu pagi apabila pekerja-pekerja di MCY rehat minum pagi.

Di sebelah pagi dan petang jalan raya melintasi gerai makan Tudung Saji dan MCY pun selalu sibuk dengan pekerja-pekerja membonceng basikal untuk pergi balik dari tempat berkerja.

“Patut tah jua banyak bisnes tutup. Banyak kedai-kedai gulung tikar”, keluh ku kepada kawan ku tadi.

“Paloi jua keraja dorang ani. Siapa untung siapa rugi?. Yang jelas untung pekerja dan pengusaha di Cina. BSP dan Kerajaan untung dapat menjimatkan perbelanjaan. Yang rugi basar kitani. Patut tah jua banyak sekarang ani orang veteran terutamanya, menggangur, bisnes lingkup, Kuala Belait sunyi senyap”, kata ku dengan nada geram.

Kawan ku tekidum mendengarkan aku bibiran.

Jagan marah-marah bro”, kata kawan ku sambil beibun.

“Aku bukan marah, aku geram”, kata ku sambil menambah, “balik-balik sudah ni orang atas buat keputusan siok sendiri”.

"Macam pasar Seria jua ni...bisai sudah di tapak lama, di pindah dorang...banyak peniaga Melayu lingkup olehnya...sampai ani pasar Seria yang baharu atu macam ketulahan inda maju", kata ku lagi dengan suara kesal. 

“Ngam tah sudah tu titah sultan atu…dorang ani banar tah pendek akal...pandaikan melimit-limit saja tapi inda banar-banar membangun, buat perancangan ikut cita rasa dorang saja”, ujar ku geram.

Kueh teaw ku separuh lagi tinggal. Liur kan makan hilang sudah. Naik dugal ku membawa geram.

Tepat jam 10 kami pun bersurai. Dalam perjalanan menuju kerita, kepala ku berputar-putar memikirkan apa nasib nya bangsa ku ani?.  MHO