HOME

Monday, May 1, 2023

BERAYA bersama keluarga besar NDP


     Alhamdullilah dapat berhari raya bersama keluarga besar Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada 29 April 2023 di Limabruh Hijau, Markas NDP di Jerudong.

    Dimajlis tersebut saya diberikan penghormatan selaku Pengerusi Lembaga Penasihat NDP menyampaikan ucapan sambutan Hari Raya Idul Fitri.

    Saya mengucapkan salam kepada Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Pengerusi Tetap, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan ahli-ahli NDP yang hadir.

    Saya menyentuh tentang suasana kegembiraan ketika merayakan Hari Raya Idul Fitri dan berharap semua orang dapat merayakannya bersama keluarga dan sahabat tercinta. 

    Saya meluahkan harapan agar rasa kasih sayang dan kegembiraan Hari Raya dapat memperkukuh kesatuan kita semua bukan sahaja sebagai satu keluarga besar NDP tetapi sebagai satu bangsa yang sehati dan sejiwa.

    Selanjutnya, saya menegaskan bahwa kita semua harus terus bersama dan bersatu dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara kita. 
    

    Saya juga menyeru agar menggunakan momentum Hari Raya ini untuk memperkuat hubungan silaturahim dan komitmen kita untuk bekerja bersama demi masa depan yang lebih baik untuk bangsa dan anak cucu kita.

    
    Saya mengingatkan diri saya sendiri dan semua anggota NDP tentang prinsip kesatuan dalam perjuangan politik NDP. Prinsip atau dasar kesatuan dalam Parti Pembangunan dibentuk melalui pendekatan konsep kesatuan dalam konteks Islam, yaitu (lita ra’afoo, lita ‘awanu arrahman arrahim) berkenalan-kenalan, bertolong-tolongan, dan berkasih sayang.

    Saya menegaskan bahwa berkenalan-kenalan, bertolong-tolongan, dan berkasih sayang adalah hal-hal yang sangat dianjurkan dalam Islam untuk membentuk masyarakat yang saling menghargai dan saling membantu.

    Oleh karena itu, kita harus terus menjunjung dan menghayati prinsip tersebut sebagai asas keutuhan dan survivaliti parti ini. MHO/05/23